Wednesday 4 May 2011

Keluarga Myvi'S


Pengerusi Sabah Myvi Team
007 - Erdie
Perunding Kenderaan Myvi dan Timbalan Pengerusi
005 - Shahrizal & Siti Harinah

Naib Pengerusi 1
017 - Mohd Azmier
AJK Sabah Myvi Team
002 - Raizan

AJK Sabah Myvi Team
008 - Denny @ Siputt
AJK Sabah Myvi Team
011 - Dian
Ahli Sabah Myvi Team
Geyna bersama Tunang
003



Gathering Sabah Myvi Team Edisi Oren.















Sesi "Photoshoot" Sabah Myvi Team (24 April 2011)




Wednesday 27 April 2011

PENUBUHAN MYVI SABAH

Penubuhan Sabah Myvi Team (Myvi’S) merupakan sebuah Pasukan kenderaan bermotor yang berhasrat mencari kenalan yang menggunakan kenderaan Perodua Myvi sekitar Kota Kinabalu Sahaja. Idea bagi menubuhkan Sabah Myvi Team (Myvi’S) ini bermula dengan pesanan ringkas (SMS) antara tiga rakan pada penghujung Disember 2010. Idea ini timbul apabila mendapati masyarakat sekitar Kota Kinabalu banyak menggunakan kenderaan Myvi tetapi tidak mempunyai Pasukan Kenderaan tersendiri iaitu Myvi dan oleh sebab itu timbullah idea bagi menubuhkan Myvi’S ini.


Bermula dengan 3 orang 'founder' dari dua daerah berbeza iaitu Daerah Beaufort dan Kundasang, bilangan Myvi’S mula bertambah dari hari ke hari. Walaupun tidak ramai di peringkat permulaan, “Founder” Myvi’s merasakan ini lebih bermakna kerana semua ahli boleh berkenalan dengan lebih rapat.



Keahlian Myvi’S adalah terbuka kepada semua pemilik Perodua Myvi dan sesiapa sahaja yang mempunyai minat terhadap Myvi. Nama Myvi’S dipilih adalah singkatan kepada Myvi Sabah dan Myvi’S lebih mengutamakan kekeluargaan dan berkonsepkan Komuniti serta menitikberatan perhubungan setia kawan antara
ahli Myvi’S. Laman Web Myvi’S ini juga membolehkan kita berforum dan berkongsi pandangan sesama ahli dan selain itu aktiviti luaran juga turut menjadi agenda dalam merapatkan hubungan antara ahli. Aktiviti seperti “Tea Time” yang akan menjadi aktiviti bulanan, konvoi, berkelah serta pelbagai aktiviti lain akan dirancang pada masa akan datang.



Logo Myvi’S diwakili meter rpm, menunjukkan minat yang mendalam para ahli dalam dunia permotoran berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan juga Myvi’S. Moto "One Myvi One Family", menunjukkan kebanggaan Ahli Myvi’S yang menggunakan Myvi serta mengutamakan konsep kekeluargaan sesama ahli. Visi Utama Myvi’S adalah untuk menjadi sebuah komuniti yang mengutamakan kekeluargaan sesama ahli dan berkomunikasi serta berkongsi minat, Pengetahuan serta pandangan tentang dunia permotoran khususnya berkenaan Myvi.